Kadar pengangguran pada Oktober kembali meningkat 0.1 peratus kepada 4.7 peratus selepas mencatatkan penurunan empat bulan berturut-turut sejak Jun lalu.
Menurut Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, angka itu bagaimanapun kekal dalam perkembangan yang disifatkan positif berdasarkan jumlah penduduk kembali bekerja.