Menteri Hal Ehwal Sosial Indonesia menyerah diri kepada penguatkuasa anti-rasuah pada Ahad bagi menghadapi tuduhan mengambil rasuah berkaitan bantuan menangani penularan wabak COVID-19.
Juliari Batubara tiba di ibupejabat Suruhanjaya Penghapusan Rasuah di Jakarta beberapa jam selepas digesa berbuat demikian oleh Pengerusi Pesuruhjaya, Firli Bahuri.