Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad akan memberi tumpuan untuk menyemak setiap perbelanjaan sektor kesihatan pada perbahasan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat minggu hadapan.
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, beliau dan ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan yang lain, khususnya dari parti amanah negara, komited memastikan belanjawan kali ini benar-benar memenuhi harapan rakyat.