Nor Atiqah Najwa Zaniza yang baru lapan hari melahirkan anak keduanya bersyukur kerana tiada di rumahnya ketika kejadian banjir pada Jumaat lalu. Dia yang berusia 21 tahun bagaimanapun terpaksa berpantang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Air Putih Kemaman.