Tiada kes baharu COVID-19 di Sarawak, tiada juga kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital hari ini.
Kuching dan Miri kekal berstatus kuning dengan jumlah keseluruhan 15 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas.
Gereja St Joseph Kuching kembali dibuka seperti biasa selepas perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Kuching ditamatkan Jumaat lalu.
Bagaimanapun aktiviti misa dihadkan kepada hanya 100 penganut sahaja mengikut arahan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).