Rata-rata orang ramai yang ditemui menzahirkan rasa syukur dan lega dengan keputusan kerajaan meningkatkan had pengeluaran simpanan akaun 1 KWSP dan juga peluasan moratotium pinjaman bank.
Mereka yang ditemui Astro AWANI di Ipoh, Perak sememangnya menanti-nantikan perkara itu ketika penggulungan perbahasan Belanjawan 2021 pada khamis menyifatkan kerajaan sebagai peka dengan keluhan dan permintaan rakyat.