Kata Ketua Bahagian Penyelidikan, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Shazana Agha, adalah penting untuk memastikan rumah-rumah perlindungan keganasan rumahtangga boleh diakses oleh mangsa pada masa yang memerlukan disediakan oleh platform tambahan seperti hotline krisis.
Jelasnya, hotline adalah titik pemula bagi para mangsa untuk mendapatkan nasihat dan maklumat mengenai pilihan yang tersedia untuk mereka termasuklah ke mana hendak dituju sekiranya mereka sedang berhadapan dengan bahaya atau telah bersedia untuk meninggalkan situasi keganasan.