Kementerian Kesihatan pernah mencadangkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor bermula 14 Oktober lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sesi taklimat khas COVID-19 pada Sabtu menjelaskan, PKP terbukti berjaya meratakan lengkuk dan memutuskan jangkitan dalam negara.