Sesebuah kereta import terpakai dilihat cantik luaran mungkin mempunyai prestasi tidak baik akibat ketidakjujuran sesetengan penjual yang memusingkan meter perbatuan atau odometer kepada angka perjalanan terendah, kata Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Zulhaidi Mohd Jawi@Said.