Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM daripada peringkat awal amat bimbang apabila berlangsungnya pilihan raya. Kata beliau, KKM dari dahulu lagi telah mengesyorkan supaya elak menjalankan pilihan raya susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 selepas PRN Sabah.