Nelayan di Pantai Timur mulai menarik perahu ke darat atau dipanggil "gantung enjin" apabila memasuki musim tengkujuh susulan amaran hujan lebat dan laut bergelora di Perairan Laut China Selatan.
Pengasas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Farmaseutikal BioNTech gembira dan berpuas hati dengan ujian klinikal vaksin yang dihasilkan bersama syarikat Amerika Syarikat, Pfizer yang menunjukkan kadar keberkesanan lebih 90 peratus dalam mencegah jangkitan COVID-19.