Peniaga kecil berasaskan makanan di daerah Padang Terap mempunyai alternatif untuk terus menjana pendapatan walaupun semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Ia hasil inisiatif sepasang suami isteri Saiful Zaharin Zakariya dan Fadhilah Azmi, pasangan suami isteri yang mempunyai kepakaran dalam bidang IT, yang telah membangunkan sebuah aplikasi pesanan makanan sebagai platform bagi peniaga menjual produk masing-masing.
Aplikasi yang dinamakan 'e-Desa' itu dilancarkan pada April lalu dan boleh dimuat turun oleh pengguna telefon pintar yang menggunakan sistem android.
Aplikasi ini diwujudkan sebagai e-Bazar untuk menghimpunkan peniaga di Padang Terap yang terkesan ekoran penguatkuasaan PKP untuk bantu mereka terus jana pendapatan.
Pagi ini kami bersama kedua-dua individu di sebalik inovasi ini, Fadhilah Azmi dan Saiful Zaharin Zakariya, masing-masing Ketua Pegawai Eksekutif dan Pegawai Pemasaran DZ Media PLT.