Kerajaan Negeri telah membuat laporan polis berhubung pencemaran bahan tercemar di Loji Rawatan Air Kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Taman Volex, Rawang.
Menurut Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli dan Hal Ehwal Selain Islam (HESI), Hee Loy Sian berkata, siasatan lanjut untuk mengesan suspek diserahkan kepada pihak polis.