Satu vaksin yang dibangunkan bersama Firma Farmaseutikal Pfizer dan Biontech menunjukkan kesan keberkesanan 90 peratus dalam mencegah jangkitan COVID-19 dalam ujian fasa ketiga.
Pengumuman itu dibuat kedua-dua syarikat itu, sekaligus mencerahkan peluang pada bulan ini untuk meminta kelulusan kecemasan kegunaan vaksin itu daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA).