Kerajaan dijangka membentangkan belanjawan pengembangan bagi memastikan kemakmuran rakyat, kelangsungan perniagaan dan daya tahan ekonomi dalam waktu yang mencabar ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Fokus pertama kerajaan dalam Belanjawan 2021 ialah memerangi COVID-19, daripada perspektif kesihatan dan sehubungan itu, sejumlah besar dana akan disalurkan untuk tujuan menangani pandemik dan memberikan sokongan yang diperlukan kepada petugas barisan hadapan terutamanya dalam bentuk infrastruktur.