Projek-projek pembinaan utama negara yang sedang, dan akan dibina seperti Mass Rapid Transit Line 3 (MRT3), laluan Rel Pantai Timur (ECRL), rel berkelajuan tinggi (HSR), Pan Borneo dan projek lebuh raya terus berjalan lancar.
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dalam satu kenyataan berkata, projek berkaitan pengangkutan dan industri pembinaan negara perlu terus diberi perhatian dalam Belanjawan Negara 2021, yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat, 6 November ini.