376 institusi pendidikan di Daerah Johor Bahru, Johor yang merupakan Zon Merah diarah tutup selama dua minggu bermula dari 1 sehingga 14 November ini.
dalam satu kenyataan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan institusi terlibat ialah sekolah rendah dan menengah di bawah KPM, Institusi Pendidikan Guru serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.