Semua masjid dan surau di zon Nilai yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibenarkan mendirikan solat lima waktu berjemaah dan solat Jumaat.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bagaimanapun ia terhad kepada Imam, Bilal dan Siak bagi solat lima waktu manakala 40 jemaah bagi solat Jumaat.