Menjelang pembentangan Belanjawan bulan depan.
Mereka yang bekerja di dalam industri pelancongan di Kelantan menyandarkan harapan supaya bantuan diberikan mencukupi khususnya selepas mereka teruk terjejas dengan penularan COVID-19 disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, PKP sejak awal tahun ini.