Kementerian kesihatan terus memperkukuhkan kesiapsiagaan pelbagai aspek kesihatan dalam berdepan wabak COVID-19, termasuk meningkatkan kapasiti maksimum makmal COVID19 kepada 54,706 ujian RT-PCR setiap hari.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ia adalah hasil kerjasama 61 makmal di bawah KKM, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi , universiti awam dan swasta, dan makmal swasta.