Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanggil Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu siasatan berhubung penyebaran senarai nama 121 Ahli Parlimen yang didakwa menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Huzir Mohamed dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah menerima 113 laporan polis berhubung perkara itu.