Margin simpanan bekalan air terawat di Selangor yang begitu rendah menjadi punca ratusan ribu akaun pengguna terjejas apabila berlaku kegawatan air.
Presiden Persatuan Penyelidikan Air Dan Tenaga Malaysia (Awer), S Piarapakaran berkata margin simpanan di Selangor berada di tahap kritikal iaitu di bawah lima peratus berbanding margin simpanan yang baik iaitu 20 peratus.