COVID-19: Pentadbiran Mahkamah Syariah perlu utamakan teknologi

AWANI 2022-03-20

Views 0

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyarankan agar pentadbiran Mahkamah Syariah di negara ini memberi keutamaan terhadap penggunaan teknologi.
Beliau berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyaksikan sebahagian besar sektor penting negara ini ditutup bagi mengekang penularan COVID-19, turut memberi impak kepada sistem perundangan itu.
Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, kerajaan telah mengambil pendekatan mengimbangi keperluan melaksanakan perintah agama, dengan keperluan menjaga nyawa, ketika memperkenalkan Prosedur Operasi Standard berperingkat sewaktu pelaksanaan PKP.
Ujarnya lagi, ia merupakan antara contoh bagaimana dua prinsip Maqasid Syariah iaitu memelihara agama dan memelihara nyawa, dilaksanakan kerajaan dalam usaha melindungi rakyat dari ancaman COVID-19.

Share This Video


Download

  
Report form
RELATED VIDEOS