Seluruh wakil rakyat yang baharu dilantik di bawah Gerakan Rakyat Sabah (GRS) akan memberi komitmen sepenuhnya dalam memastikan kecemerlangan dan kemajuan negeri itu. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan tersebut sejurus selepas GRS berjaya meraih majoriti bagi membentuk kerajaan negeri pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung pada Sabtu.