Bank Rakyat menerusi syarikat tujuan khas, Imtiaz Sukuk II Berhad menandatangani Perjanjian Penubuhan Program Sukuk Wakalah dengan nilai nominal sehingga RM10 bilion bagi tempoh 30 tahun.
Program dilaksanakan dengan kerjasama Bank Muamalat, CIMB Investment Bank Berhad, Maybank Investment Bank Berhad dan RHB Investment Bank Berhad itu, dijangka bermula dalam waktu terdekat dengan saiz terbitan sebanyak RM500 juta.