Kejuaraan AFC bawah 19 tahun yang sepatutnya diadakan di Uzbekistan, bulan depan dijangka ditunda.
Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul mengesahkan pihaknya sudah mempunyai keputusan mengenai status kejohanan.
Bagaimanapun ia masih perlu mendapat kelulusan jawatankuasa eksekutif badan induk itu, Khamis ini untuk dimaklumkan pengumuman secara rasmi.