"Cuba kau masuk kampung pedalaman," itu cabaran dilontarkan abang Veveonah Mosibin kepada dua Timbalan Menteri yang mendakwa adiknya berbohong demi meraih publisiti. Menerusi muat naik status di Facebook peribadinya, Mekvin Mosibin mahu Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Datuk Abdul Rahim Bakri turun sendiri ke perkampungan untuk melihat realiti sebenar kehidupan penduduk di sana.