Indonesia, India, United Kingdom, dan Amerika Syarikat merupakan sebahagian daripada 23 negara yang diletakkan dalam senarai sekatan kemasukan ke Malaysia, berkuat kuasa hari ini.
Dalam Facebook rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), turut dinyatakan bahawa sekatan itu dilaksanakan ekoran jumlah kes kumulatif positif COVID-19 yang melepasi angka 150 ribu.