Salah faham antara Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berakhir selepas kedua-duanya berdamai.
Menurut Bung Moktar, apa yang berlaku sebelum ini merupakan perbezaan pendapat dalam kalangan pimpinan dan perbezaan itu perlu dihormati secara positif.