Perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuat kuasa pada Mac lalu bagi mengekang penularan wabak COVID-19 memberi kesan kepada banyak sektor dan industri di negara ini.
Sektor hiburan antara yang amat terkesan sehingga kini.
Ia membabitkan daripada penghibur itu sendiri seperti penyanyi hingga ke penganjur, apabila masing-masing terpaksa menanggung kerugian.