Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi jaminan jumlah penjawat awam seramai 1.6 juta di seluruh negara tetap dikekalkan meskipun sistem kerajaan elektronik (e-Kerajaan) dilaksanakan.
Perdana Menteri berkata, ini kerana penjawat awam masih diperlukan untuk melakukan tugas-tugas lain bagi meningkatkan lagi keberkesanan penyampaian perkhidmatan, justeru tidak timbul isu pengurangan jumlah sedia ada.