Bekas Pengurus Kanan Kewangan Pertubuhan Peladang Kebangsaan NAFAS dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.
Muhammad Saiful Iskandar Kassim, 43 tahun dituduh atas tiga pertuduhan memperoleh rasuah berjumlah RM6,000 daripada seorang kontraktor bagi mempercepatkan proses pembayaran kontrak penghantaran baja.