Polis menahan seorang suspek lelaki berusia 26 tahun berkaitan kes dera seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun sehingga maut.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal memberitahu, suspek berjaya ditahan di sekitar Subang Jaya pada jam 12.40 tengah hari Sabtu.