Kerajaan kekal komited untuk membawa negara kembali kepada keadaan normal ketika mana wabak COVID-19 masih membelenggu warga dunia.
Dalam ucapan sembah tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan yang dipimpinnya akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan program dan projek yang akan membawa kebaikan kepada rakyat dan negara.