Hamizah Hamzah merupakan usahawan muda dan bergerak aktif sebagai penghantar makanan ketika perintah kawalan pergerakan berlangsung bagi mengawal penyebaran wabak COVID-19.
Dia menjalankan perniagaan minuman sejuk secara kecil-kecilan bagi menampung kehidupan keluarganya kerana pekerjaannya sebagai juruterapi dihentikan untuk sementara.
Produk minuman sejuk beliau Chillate boleh diakses di instagram - @letscoopibymzrd
Video ini merupakan inisiatif kerjasama antara AWANI Rangers bersama Institut Onn Jaafar dan Jabatan Pengajian Media & Komunikasi, Universiti Malaya
AWANI Rangers merupakan inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan anak muda Malaysia meneroka era kewartawanan moden