Sungguhpun kaedah secara bersemuka dilihat efektif dalam pengajian bacaan Al-Quran, namun kaedah menggunakan media sosial juga tidak boleh dipandang sepi.
Menurut Pengusaha Pusat Mengaji Al-Quran, Afham Kamarudin, pendekatan menggunakan grafik dan visual kreatif mampu meningkatkan keberkesanan pengajian bacaan Al-Quran itu.