Kerajaan belum bercadang untuk melaksanakan larangan rentas di seluruh kawasan di Kedah dan Perlis yang dikesan terlibat dengan Kluster Sivaganga.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebaliknya kerajaan hanya melaksanakan kawalan pergerakan secara bersasar di kawasan-kawasan yang terlibat sahaja.