Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan secara rasmi mengumumkan akan bertanding di kerusi parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Beliau mengumumkan perkara berkenaan ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Cawangan Sri Kota.