Penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Muafakat Nasional adalah langkah penting untuk menjayakan aspirasi Perikatan Nasional, iaitu gabungan politik membabitkan Semenanjung, Sabah, dan Sarawak.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil berkata, Muafakat Nasional hanyalah ideal untuk membincangkan mengenai kawasan semenanjung yang didominasi pengundi Melayu.