Kementerian Komunikasi dan Multimedia bercadang mewujudkan satu akta khusus bagi menyelia dan melindungi industri muzik negara.
Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata, buat masa ini, industri muzik tidak mempunyai akta atau organisasi khusus jika dibandingkan dengan industri filem yang mempunyai akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 bagi melindungi industri itu.