Seramai 390 pendatang asing tanpa izin warga Filipina diusir pulang ke negara asal mereka, melalui Pelabuhan Sandakan, pada selasa. Pengarah Majlis Keselamatan Negara Sabah, Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof berkata, ia merupakan pengusiran siri ke-22 melalui laut tahun ini.
Beliau berkata, dengan pengusiran itu ia menjadikan jumlah keseluruhan PATI yang diusir sepanjang tahun ini seramai 5,245 orang.