Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memantau perkembangan perhimpunan orang ramai di luar kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semasa kes perbicaraan SRC International melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Selasa.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, KKM akan melaksanakan pemantauan selama dua minggu sekiranya berlaku peningkatan kes disebabkan perhimpunan tersebut.