Seramai 65 mangsa daripada 26 keluarga yang terjejas ekoran banjir di beberapa kampung di daerah baling telah ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Menurut pegawai seketeriat pengurusan bencana daerah baling, leftenan pertahanan awam (PA) Mohd Faizol Ab. Aziz, tiga PPS yang dibuka adalah di Dewan Orang Ramai Batu 48, Dewan Orang Ramai Banggol Derum, dan Surau Kampung Lahar.