Skuad bola jaring wanita negara ketika ini bagaikan hilang seorang ibu. Ini selepas jurulatih dari Australia, Lisa Ann Beehag masih berada di negaranya yang turut dilanda pandemik COVID-19.
Situasi itu menyebabkan barisan pemain tidak dapat menjalani latihan sehinggalah kemungkinan November ini, iaitu tarikh paling awal Lisa Ann di mungkin kembali.