Seorang penunggang motosikal maut selepas terperosok dan tersepit di bawah treler muatan kelapa sawit dalam kemalangan di lebuhraya Kulim-Baling berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Prima Desa Aman, Kulim hari ini.
Lelaki berusia 20-an yang menunggang motosikal Yamaha LC itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.