Walaupun harga sawit semakin stabil dan sedikit sebanyak membantu golongan peneroka Felda, namun kerajaan diminta untuk memberi perhatian kepada generasi baharu Felda yang bukan semuanya terlibat secara langsung dengan hasil kebun sawit. Lebih-lebih lagi ramai dalam kalangan generasi baharu ini terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.