Kerajaan negeri Sabah menyasarkan untuk membuka semula pintu kepada pelancong antarabangsa menjelang 1 September tahun ini.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew, berkata, pembukaan semula itu akan dilakukan dengan melihat kepada keadaan semasa pandemik COVID-19 dan juga nasihat daripada Kementerian Kesihatan di samping mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.