Malaysia menjadi antara 11 anggota ekonomi awal yang menyertai Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada tahun 1989.
Forum ekonomi yang dianjurkan setiap tahun itu memberi fokus kepada pelbagai isu serantau termasuk kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan.
Malaysia sehingga kini terus komited dalam penglibatan APEC dan memberi komitmen menjadi tuan rumah ketika normal baharu ini.