Polis Marin gagalkan cubaan seludup lebih 3,000 ekor burung murai

AWANI 2022-03-19

Views 0

Cubaan empat lelaki termasuk tiga warga Indonesia menyeludup keluar 3,304 ekor burung murai kampung, gagal selepas mereka ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Melaka.

Kesemua suspek yang berusia antara 43 hingga 66 tahun itu ditahan di dalam dua bot berasingan sekitar pukul 1.45 pagi Sabtu, selepas pihak PPM menerima maklumat dari Sistem Pengawasan Maritim Laut (SWASLA) Lumut.

Share This Video


Download

  
Report form