Dua lelaki warga Singapura diberkas kerana disyaki menggunakan pesawat tanpa pemandu atau dron untuk menyeludup masuk dadah ke republik itu dari Malaysia.
Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) memaklumkan, data penerbangan yang diambil daripada telefon seorang daripada suspek menunjukkan dron itu terbang dari Kranji ke Johor Bahru dan kembali semula ke Kranji.